"Marilah menjadi pengguna produk buatan Muslim"

- Elakkan membeli produk yg di buat oleh yahudi & non-muslim.

{Semoga didalam Blog ini dapat membantu kalian untuk mendapatkan produk2 yang di sediakan oleh tangan2 orang islam sendiri ,")....Selain daripada itu kepada sesiapa yang berminat untuk mengembangkan peniaagaan ini juga boleh menghubungi saya, "Produk Halal Tanggungjawab Bersama"}

Produk-Produk Herba HPA Induestries Sdn Bhd

Produk-Produk Herba HPA Induestries Sdn Bhd

Sejarah dan Profil HPA

Apakah maksudnya HPA? HPA adalah singkatan daripada nama Herba Penawar Al-Wahida. Syarikat ini telah di tubuhkan pada tahun 1986 dengan nama asal PTA iaitu Perubatan Tradisional Al-Wahida dan Al-wahida adalah nama anak sulung kepada Pengurus Urusan syarikat ini Tn Hj Ismail bin Hj Ahmad.

Pada mulanya syarikat ini mengunakan single level marketing untuk memasarkan produk2 mereka akan tetapi telah berlaku suatu peristiwa dimana pada tahun 1997 HPA telah melakukan sesuatu bernas dan dinamik dengan mula memasarkan produk2nya melalui kaedah sistem MLM (multi level marketing) untuk melakar sejarah baru untuk Umat Islam.

HPA telah berjaya melangkah bergaya sejak 1997
sehingga 2009 dalam Multi Leval Marketing (MLM) Islamik.

Selain daripada itu didalam HPA melalui kisah2 pengalaman pahit dan manisnya di dalam dunia perniagaan umat islam, HPA Alhamdulillah berjaya melakukan suatu program untuk ahli2 HPA yang bekerja di dalam rangkaian AL-Wahida marketing iaitu program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) di mana para peserta atau ahli yang berpangkat PB(pengedar Biasa) di beri panduan, latihan dan pemahaman tentang produk, matlamat perjuangan HPA dan skill untuk menjadi usahawan herbalis yang kritis dan dinamik dan pastinya berjaya di dunia dan akhirat.Insyallah..

Kini HPA terus bangun dan berusaha untuk berkembang bagi mencapai matlamat menguasai pasaran
produk halal di peringkat nasional dan global.

Program PBC


Di sini saya hanya ingin memberi para pembaca gambaran di mana program PBC ini adalah pemangkin kepada kebangkitan HPA untuk berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya kini di mana program PBC pada mulanya telah di rasmikan perlaksanaannya pada bulan december 2005 iaitu pada masa yang sama keuntungan syarikat HPA pada ketika itu adalah RM200ribu sebulan.

Alhamdulillah program PBC terus dijalankan sehingga hari ini dengan hanya dalam masa 4 tahun ini HPA telah berjaya mencapai keuntungan RM15juta sebulan di dalam pasaran Malaysia sahaja. Manakala di Indonesia sedang berlaku pertumbuhan yang sengit dimana kemasukan ahli dan income disana 2 kali ganda lebih laju daripada di Malaysia...

Jika kita tidak dapat buat semua maka buatlah yang mana termampu walaupun sedikit kerana sedikit atau banyak, menang atau kalah, berjaya atau gagal bukan itulah yang Allah s.w.t melihatnya...hanya keikhlasan, iman dan takwa yang diberi pandangan daripadaNya..semoga kita dapat berusaha untuk meletakkan diri kita didalam status hamba2nya yang diberi reda dan rahmat daripadaNya dan bukan hambanya yang dibenci olehNya kerana kita tidak mempunyai apa2..selain daripada untuk mendapat redanya.

Semoga kita mendapat sedikit renungan kerana HPA berada di persada dunia ini bukan untuk meroleh kekayaan duniawi sahaja tetapi matlamat kami adalah untuk mendapat reda Ilahi dan mati sebagai hambanya yang mulia atau mati syahid.Insyallah ",)/

Kekayaan duniawi dan ukhrawi, jasmani, material dan rohaniah.

Sejarah PBC yang pertama

Sejarah PBC yang pertama
pada bulan december 2005

Pencapaian HPA kini


* Sudah mempunyai 150 Cawangan HPA Kiosk di
seluruh Malaysia, untuk memudahkan ahli2 HPA memperoleh barang2 HPA di cawangan2 tersebut. Yang terbaru di Kuala Pilah, Tampin dan Larkin Johor di rasmikan pada akhir bulan ini.

* Berjaya memasuki pasaran antarabangsa seperti di Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand
(Bangkok), China (Gongzhao), Oman, Yaman dan
Syria dan akan mengembangkan lagi pasaran ke
negara2 lain lagi Insyallah.

* Keuntungan bulanan syarikat HPA sehingga kini
mencecah RM15 - 13 juta sebulan di pasaran
Malaysia sahaja, tak termasuk pasaran global.

* Ahli HPA yang berdaftar di Malaysia sahaja lebih
600,000 orang keahlian.

* Sudah berjaya mengoperasikan 5 buah RFC
(Radix Fried Chiken) di seluruh Malaysia dan
Insyallah HPA ingin membuka 100 buah RFC di
Malaysia pada tahun 2010 ini untuk melawan arus KFC yang menyumbang dana kepada Israel untuk membunuh umat Islam di al-Quds.

* HPA telah membeli menara 12 tingkat di Shah Alam seksyen 13 dengan harga RM54juta tunai. Tiada hutang,tiada riba untunglah siapa yang dapat bersama2 untuk bersama untuk menjadi warga HPA..,")...

* HQ HPA akan berpindah dari Jejawi Dalam, Perlis ke Shah Alam pada bulan Mac 2010 tahun ini. Insyallah..untuk mempercepatkan lagi perkembangan dan merancakkan lagi Business War di bahagian barat dan selatan..\",)

Wednesday, December 30, 2009

PRODUK - EQ MINDA -


 -EQ MINDA-


HARGA PENGGUNA


RM 50.00 Semenanjung    
RM 55.00 Sabah & Sarawak 

HARGA AHLI


RM 45.00 Semenanjung
RM 50.00 Sabah & Serawak


PENGENALAN
 
EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.
Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)
Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:
“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”
Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA
  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)
PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)
Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)
Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:
            35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)
            20% DV bagi magnesium
            15% DV bagi phosphorus
            13% DV bagi riboflavin
            8% DV bagi kalsium
6% DV bagi iron dan zink
4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)
Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)
Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).
Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)
Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)
Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)
Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)
Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)
Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.
Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

No comments:

Post a Comment